CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 5, 2010

Sakitnya Mati


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:-

Sebelum tidur:

1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali

2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran

2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah

6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:

1] Dusta

2] Khianat

3] Mengadu domba

4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

"
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.

"
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."


Dipetik dari Halaqah.net

KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
=)

Aku Cari Damai Abadi-Tun Abdullah Ahmad Badawi


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

Sajak Melayu Mudah Lupa-Tun Dr Mahathir Mohammad

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Sunday, January 3, 2010

WATER VS CUP


A group of working adults got together to visit their University lecturer.

The lecturer was happy to see them. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. The Lecturer just smiled and went to the kitchen to get an assortment of cups - some porcelain, some in plastic, some in glass, some plain looking and some looked rather expensive and exquisite.

The Lecturer offered his former students the cups to get drinks for themselves.

When all the students had a cup in hand with water, the lecturer spoke: "If you noticed, all the nice looking, expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal that you only want the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. What all you wanted was water, not the cup, but we unconsciously went for the better cups." "Just like in life, if Happiness is Water, then the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold/maintain Happiness in Life."

"If we only concentrate on the cups, we won't have time to enjoy/taste the water in it."


by: kiyoshi

Friday, January 1, 2010

"Adik Nak Jadi Izrail"


Ya ALLAH, hanya padaMU kami mohon petunjuk....sesungguhnya kami adalah insan yang lemah...berikan kami kekuatan iman dalam mengharungi onak duri di dunia milikMU.....jika kami mati, ENGKAU matikanlah kami didalam iman,amal serta agama Islam yang suci ini....

“Adik mahu jadi Izrail!” Begitu kata adik usai aku bacakan biografi Izrail alahissalam, malaikat maut yang wajib diimani oleh aku, adik dan sesiapa sahaja yang mengaku beragama Islam. Jangankan adik, sesiapa sahaja di bumi Gaza yang berdarah ini mahu menjadi Izrail agar bisa kami ambil nyawa tentera Zionis yang saban hari berusaha memastikan hidup kami kaya dengan derita. Dari Rafah sampai ke Bait Hanun, kamu tidak akan berjumpa satu meter persegi tanah yang sunyi daripada kelongsong peluru tentera Zionis. Kalau kamu berlari dari pesisir Mediteranean di Elei Sinai ke Erez kemudian terus ke Kem Khan Younis tempat aku dan adik berlindung sekarang ini, kamu tak akan temui satu inci pun tanah yang merdeka daripada darah penduduk Palestin.

Dua tahun yang sudah, aku, ibu, ayah dan adik tinggal di Rafah. Waktu itu umurku baru mencecah 17 tahun. Sweet seventeenth. Tidak, tidak... Tahun yang pergi dan tahun yang singgah tak pernah lekang dengan derita. Kata ibu, aku anak gadis yang cukup cantik. Kerana kecantikan itu, ibu melarang aku keluar sendirian. Berjaga-jaga kata ibu. Kata ibu lagi, kamu tidak tahu bila dan di mana kamu akan terserempak dengan haiwan. Lagi kata ibu, kalau kamu keluar, kamu belum tentu akan pulang. Oh ya... waktu itu aku agak rapat dengan Rachel Corrie. Ya Rachel. Pernah kamu terbaca mel elektronik Rachel dari Gaza? Tentang betapa derita kami anak-anak Palestin hidup di celahan puing bangunan yang runtuh dibedil rejim Zionis. Kadang-kadang aku tertawa dengan gelagat Rachel dengan lidah Inggerisnya sewaktu Rachel cuba menuturkan perkataan Arab. Rachel, gadis Inggeris yang berhati waja. Kadang-kadang aku rasakan dia itu lebih memahami kami berbanding saudara-saudara seagama dengan kami.



“Kaif Bush? Kaif Sharon?” tanya anak-anak kecil termasuk adik kepada Rachel. “Bagaimana Bush? Bagaimana Sharon?” Rachel kulihat menggaru kepalanya.“Bush majnoon, Sharon majnoon.” Pecah ketawa kami waktu Rachel mengatakan Bush dan Sharon gila dengan lidah Inggerisnya. Ya, barang kali Rachel benar. Bush gila, Sharon gila. Sewaktu Sharon diserang angin ahmar, kami jangkakan penggantinya mungkin akan punya dasar yang lebih lembut daripada Sharon. Ya, aku silap. Kalau Rachel masih hidup, barang kali anak-anak kecil akan bertanya, “Kaif Bush? Kaif Sharon? Kaif Olmert?” Mungkin akan segera disambut Rachel, “Bush majnoon, Sharon majnoon, Olmert majnoon.” Dan akan segera pula kami sambut dengan derai ketawa yang mungkin dihantar angin Mediteranean sampai ke Tel Aviv. Suatu ketika Rachel diserang selsema. Makcik Aisyah menjaga Rachel seolah-olah anak sendiri. Ya, Rachel sangat baik. Kadang-kadang aku rasakan dia lebih mulia daripada aku sendiri. Masakan tidak, dari Amerika dia ke sini, ke Rafah yang langitnya tidak pernah sunyi daripada peluru dan roket buatan negaranya sendiri. “Saya aktivis keamanan,” kata Rachel sewaktu mengunjungi rumahku yang hanya beberapa blok jauh dari kediamannya. Oh ya, Makcik Aisyah dan Rachel. Sering makcik tanyakan pada Rachel tentang ibunya, mengingatkan Rachel supaya menghubungi mereka, sampai suatu ketika Makcik Aisyah memeluk Rachel bila Rachel maklumkan bahawa ibunya berterima kasih kerana sudi menjaganya persis anak sendiri. Ya, Rachel... Aktivis keamanan yang mengorbankan segala bentuk kesenangan untuk bersama kami di Rafah. Beberapa bulan selepas ibu dan ayah membawa kami pindah ke Khan Younis, kami menerima berita Rachel mati dibunuh Zionis. Di saat-saat akhir hidupnya, Rachel dengan berani mendepangkan tangan di hadapan bulldozer yang sedang mara untuk merobohkan blok penempatan penduduk Arab Palestin. “Rachel jangan! Rachel jangan! Rachel jangan!” Jerit Makcik Aisyah. “Rachel jangan! Rachel jangan! Rachel jangan!” Jerit Nidal, jiran aku yang telah fasih berbahasa Inggeris dek didikan Rachel. Akhirnya mereka terdiam, Makcik Aisyah menangis. Nidal menangis. Tubuh Rachel pecah digilis bulldozer dan blok bangunan tetap hancur. Begitu yang diceritakan kepadaku oleh beberapa teman yang berpindah ke Khan Younis selepas peristiwa tersebut. Rachel, gadis manis, aktivis keamanan dan teman baru yang sanggup mati kerana kami.



Adik: Kakak! Kakak! Saya mahu jadi Izrail!

Adik mematikan lamunanku lalu menghalau kenanganku bersama Rachel Corrie. Seyum aku pada adik. Kamu boleh lihat kecederaan fizikal, emosi dan mental pada setiap batang tubuh anak-anak kecil di bumi berdarah Gaza. Zionis punya seribu satu cara untuk membuatkan kami menderita. Saban hari kamu akan mendengar berita tentang kematian. Barang kali dunia punya telinga yang pekak dan mata yang buta. Bukan, bukan. Aku patut kata dunia hanya pura-pura buta dan pekak. Selepas penangkapan Koperal Gilat Shalit, dunia bising dan nama Shalit disebut di merata dunia. Selama ini, berapa ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang diculik tapi langsung tidak dipedulikan dunia? Malah nama mereka langsung tidak disebut. Mereka pengganas! Sejak bila mempertahankan tanah milik sendiri dikatakan suatu tindakan keganasan? Ratusan tahun tanah Palestin dikongsi bersama perlbagai kepercayaan. Kamu boleh lihat gambar-gambar jemaah haji Kristian yang berbaris dengan ranting zaitun di tangan aman berarak sebelum Zionis menjarah bumi Palestin. Barang kali, kamu akan lebih percaya dengan melihat kesungguhan Yahudi Ortodoks yang turut sama membantah penubuhan Israel bersama kami penduduk Palestin. Zionisme, barah kemanusiaan. Zionisme lahir lewat pemikiran Herzl dan Weizmann dan bukannya Taurat. Kalau kamu rajin meneliti sejarah, sewaktu pengisytiharaan Israel, bukan sedikit yang membantah malah George Marshall, Setiausaha Amerika tegas memberi amaran kepada Presiden Truman. Kata Marshall, “kalau kamu mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, dan saya punya peluang untuk mengundi dalam pilihan raya, saya akan menggundi keluar kamu!” Ah! Sejarah begitu, siapa yang mahu peduli?

Adik: Kakak! Kakak! Adik mahu jadi Izrail.
Afya: Jangan! Izrail sibuk di Gaza.
Adik: Kenapa?
Afya: Sibuklah, banyak kerja. Ramai yang meninggal setiap hari.
Adik: Nak juga, nak juga! Adik nak jadi Izrail juga.

Entah bila Afya masuk ke khemah kami. Sepupuku ini memang rajin mengusik adik. Penderitaan sinonim dengan adik. Penderitaan sinonim dengan Afya. Penderitaan sinonim dengan aku. Penderitaan sinonim dengan seluruh penduduk Gaza. Jangankan adik, malah Afya, aku dan seluruh penduduk Gaza mahu jadi Izrail supaya lekas kami bebaskan tanah berdarah ini daripada Zionis. Zionis punya seribu satu cara untuk menjadikan kami derita. Pernah suatu pagi, aku dan Afya sudah agak lewat untuk ke sekolah. Semalam suntuk kami tidak dapat melelapkan mata setelah Zionis mengumumkan operasi mencari pejuang Palestin dari pintu ke pintu di kawasan penempatan kami. Berlari. Afya di sebelahku. Berlari. Terhenti. Di hadapan kami parit sedalam empat meter merentangi jalan raya. Di bahu kiri dan kanan jalan kawat berduri menghalang yang tidak memungkinkan kami untuk lulus lepas ke sekolah. Lagi. Kamu tidak dapat bayangkan betapa mewahnya pandangan anak-anak kecil dengan ketakutan sewaktu deruman jet melintasi bumbung rumah mereka. Siapa tahu, itu mungkin giliran mereka untuk menjadi cebisan daging. Lagi. Lori-lori sampah disekat daripada mengutip sampah di kawasan kediaman kami. Natijahnya kawasan persekitaran kotor, menyebabkan kami lebih terdedah kepada penyakit. Lagi, oh tembok aparteid... Mungkin kamu sudah biasa dengar betapa perjalanan yang suatu ketika dulu mengambil masa yang singkat menjadi berganda jauh. Tembok itu juga menyebabkan sanak-saudara yang dahulu tinggal bersebelahan terpisah seolah-olah berada di dua buah negara yang berlainan. Lagi? Pernah Afya ceritakan kepada kami, jirannya sampai terpaksa minum dan masak menggunakan air akuarium kerana bimbang ditembak jika keluar mengambil air di telaga umum. Lagi, lagi dan lagi. Episod kekejaman Zionis ini masih berterusan dan belum menemui noktah.

Adik: Kakak! Kakak! Adik mahu jadi Izrail.

Siapa pun mahu jadi Izrail di bumi berdarah Palestin. Setiap hari kami hampir pasti bahawa Izrail berlegar di sekitar kami, cuma yang tidak kami pasti ialah giliran kami berhadapan dengannya yang hanya menjadi rahsia Tuhan. Entah, aku pun tak pasti. Pertolongan hanya sekali-sekala menjengah kami di Palestin. Entah, barang kali kami hanya menunggu turunnya Isa alahissalam. Entah, barang kali kami hanya menanti turunnya Imam Mahdi. Kami terlampau sangat memikirkan tentang kematian. Tentang Izrail! Tidak banyak yang dapat kami lakukan. Kebelakangan ini sedikit sedih... Bila HAMAS dan Fatah bertembung, dari Tel Aviv dapat kami dengar sayu tepukan gemuruh penjajah Zionis. Banyak nyawa yang terbazir lewat pertembungan itu. Mereka ini kenapa? Kita ini makin lemah bila berbalah berkenaan soal kecil. Sedar! Sedar! Sedar!

***
Anak-anak kecil berlari ke pintu masuk Kem Khan Younis. Sekejap-sekejap muncul kelibat anak kecil dari celahan khemah. Lelaki dan wanita berbondong-bondong mengerumuni pintu masuk itu. Sedikit demi sedikit sampai kawasan kecil itu penuh dengan rakyat Palestin tua muda yang menjadi pelarian di negara sendiri. Di hadapan kami, dua orang ibu tua meraung-raung sambil mendakap tubuh kecil yang sudah hilang nyawa. Suasana menjadi kacau. Adik merentap-rentap tanganku. “Kakak, adik mahu jadi Izrail!” Adik memandang tepat ke mataku. “Kakak, kakak! Adik mahu jadi Izrail!”


~selesai~


 
Related Posts with Thumbnails